PART TIME JOB


Friday, 30 March 2012

- Bernyawa dengan sebelah jiwaku -






Muzik bes...lirik bes...
chorus paling bes n bermakna

Lihatlah, lihatlah aku buktikan padamu
Walaupun ku jatuh tapi tak tersungkur
Biarkan, biarkan ku berdiri sendiri
Kerana ku yakin masih lagi mampu
Bernyawa dengan sebelah jiwaku oh…
 Takkan ku biarkan mata mengalirkan air mata kecewa
 Kini ku berani lebih berdikari

p/s : semakin bersemangat yeah!!!!!

Tuesday, 20 March 2012

- Siapa Kawan Baik -

SIAPAKAH KAWAN YANG BAIK ??

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan....

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan saya-saya.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan
yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan
baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan
baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita
bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita
bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik
kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan
perkara yang baik kepada kawan baiknya.